Oleh Frederick Luccas
SHAH ALAM - Peguam keluarga Aminulrasyid Amzah, N Surendran mempertikaikan kenyataan panel khas yang mengatakan terdapat percanggahan di antara bukti dan keterangan saksi sambil menyarankan agar panel tersebut membuktikan secara terperinci dakwaan mereka dan tidak 'bermain tarik tali' dengan media.
"Saya merasakan kenyataan media oleh panel khas itu hanya untuk membuat publisiti sahaja. Jika betul terdapat percanggahan, perkara yang betul adalah untuk mengeluarkan kenyataan terperinci memandangkan isu ini semakin sensitif," kata Surendran kepada Suara Keadilan.
Surendran mengatakan beliau masih tidak dapat memahami tujuan utama panel khas ini diwujudkan kerana memandangkan ia tidak ada kuasa untuk mengambil sebarang tindakan.
"Panel ini dilihat hanya seperti satu panel untuk tujuan perhubungan awam sahaja untuk pihak kerajaan dan bukannya ikhlas menyiasat kes ini," tegas beliau.
Beliau juga memberitahu salah seorang saksi, Zafrullah Zainal Abidin telah dipanggil semula untuk memberikan keterangan tengah hari tadi.
Pihak polis telah ke rumah Zafrullah untuk mengambil kenyataannya dimana mereka hanya menanyakan satu soalan sahaja iaitu samada Zafrullah terdengar apa-apa bunyi selepas kereta Amunilrasyid melanggar tembok rumah.
Surendran berkata Zafrullah menjelaskan beliau tidak mendengar apa-apa, sekaligus mengesahkan kenyataan saksi utama kes ini, Azzamuddin Omar yang berada di dalam kereta bersama Aminulrasyid semasamangsa ditembak mati 26 April lalu.
No comments:
Post a Comment