| Hashim Abdullah |
| TEMERLOH: Petugas muslimat PAS perlu bergiat cergas menyampaikan maklumat secara berkesan bagi membolehkan rakyat memahami perkembangan semasa yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan isu-isu semasa yang berbangkit. Gesaan itu dibuat Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor ketika menyampaikan ucapannya pada muktamar dewan itu kali ke-22 di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini semalam. Menurutnya, kejayaan PAS dan PR banyak bergantung kepada sejauh mana maklumat yang meyakinkan dapat disebarkan di kalangan masyarakat dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan parti tidak dapat mencapai matlamat yang dihasratkan. Tambahnya, setiap ahli PAS perlu berperanan aktif melaksanakan tanggungjawab menyalurkan maklumat kepada rakyat bagi menyedarkan mereka tentang berbagai isu yang berlaku termasuk dasar Islam yang dibawa PAS. “Jika kita gagal berbuat demikian rakyat akan terus menerima maklumat Umno dan mereka tertipu dengan dakyah yang dimainkan mereka. “Dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor sebagai contoh, negeri yang kita dah menang, bila kita bertemu dengan rakyat dan adalah perkara yang amat menyedihkan bagi kita apabila bertemu rakyat kita tanya siapa Menteri Besar Selangor ada yang kata Khir Toyo lagi, ini menunjukkan betapa lemahnya penyaluran maklumat kita kepada rakyat,” katanya. Dalam usaha memperkukuhkan PAS, beliau mahukan ahli PAS sentiasa mengikuti program tarbiyah yang disusun dengan penuh rasa tanggungjawab. “Setiap ahli muslimat tanpa kecuali, saya mahu mereka mengikuti program tarbiyah tanpa banyak alasan seperti sibuk dan sebagainya. Kita mahu bentuk akhlak ahli yang bekerja dan sanggup berkorban untuk jamaah,” katanya. |
Saturday, May 8, 2010
Muslimat perlu cergas sampaikan maklumat parti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment