Sunday, May 9, 2010

Judi Haram Tapi “Halal” Semasa Piala Dunia 2010

BERITA SEMASA


Semua orang tahu judi itu haram. Apalah dah jadi dengan negara kita Malaysia. Tetapi bukan sesuatu yang pelik dan hairan kalau anda semak semula artikel ini, keputusan nombor ekor di. Berapa lama agaknya akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian siarkan keputusan nombor ekoe seperti TOTO mahupun MAGNUM.

Harian Metro lagilah, semuanya dia sapu. Nak untung besar, kena buat sesuatu yang luar biasa. Sebelum itu…kita baca dahulu kenyataan Menteri yang dalam usaha jadikan judi halal semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

“Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Bernama

Belum apa-apa lagi, kerajaan Malaysia dah serah diri. Tunjukkan yang kita ini lemah dalam menguruskan negara. Di mana kekuatan pihak berkuasa yang kita ada? Merujuk kepada kenyataan di bawah :

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Natijah daripada kenyataan seperti membuatkan pemilik kepada rumah-rumah pelacuran buka mata dengan peluang yang dibuka sendiri oleh pemimpin kita. Erm…..Adakah patut begini:

  • Kalau nak buat hubungan seks sebelum kahwin tak perlu lagi nak ke Paris atau ke New York atau ke Thailand atau pun ke Batam. Kenapa? Bukankah ini semua melecehkan. Membazirkan duit minyak, kos meningkat.
  • Mengapa tidak kita adakan rumah pelacuran yang sah, semua benda jadi senang. Tak susah kan? Alaaa… Apa yang susah sangat nak bagi lesen? Kalau tak bagi pun, aktiviti pelacuran tetap berlaku. Daripada berlaku tanpa kawalan dan pemantaun pihak berkuasa, lebih baik kerajaan bagi lesen.
  • KESIMPULANNYA, PATUT KER JADI BEGINI???? TAK SAMA KER SITUASINYA?

P/S : Harap kerajaan Malaysia pertimbangkan semula cadangan menjadikan judi halal di Malaysia semasa berlangsung Piala Dunia 2010 nanti

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.