Monday, May 10, 2010

GENERASI MUDA UMNO TENOM KELUAR MASUK PKR


Laporan : HALIK ZAMAN


GENERASI muda dalam UMNO Bahagian Tenom dengan penuh nekad meninggalkan UMNO dan berhijrah kepangkuan PKR Cabang Tenom pimpinan Gosibin Yasundang, mereka meninggalkan UMNO kerana mereka merasakan bahawa mereka tidak ada masa depan dan tidak ada wawasan lagi untuk mereka mengubah diri mereka dan nasib masa depan mereka dalam parti UMNO jika mereka tidak dari sekarang mengubah sendiri nasib mereka melalui PKR.

Demikian rombongan generasi muda dari UMNO Tenom memberi tahu Sabahkini.net semasa selesai sisi bergambar di Hotel Orkid, Tenom. Menjawab satu pertanyaan Ketua Rombongan itu mengatakan, "Kami sudah fikir habis habisan dan kami menyesal kalau masih lagi menjadi ahli UMNO sebab UMNO/BN sudah tidak releven lagi."

"Tugas kami generasi muda ialah memberi penerangan kepada ibu bapa dan saudara mara kami bahawa sudah begitu lama menjadi ahli UMNO, yang kami dapat RM50 semasa PRU sahaja, sampai berapa lama RM50 untuk menampung hidup kami? Kami tidak ada masa depan, kami mahu hidup seperti rakyat Selangor di bawah pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat, segala kemudahan rakyat Selangor dapat, tapi kami dalam UMNO dapat apa?"

Semua yang menjadi ahli PKR Cabang Tenom telah dirakam gambar dan suara mereka melalui video-VCD. Semua perbualan dalam VCD akan diedarkan kepada semua orang di Sabah dan di Semenanjung bahawa pengakuan mereka bukan dibuat- buat tapi hakikat yang sebenarnya.

Ada lagi beberapa rombongan generasi muda dari Kampung Saga Tenom, Kampung Patungan Sapong, Kampung Pangulubon Ulu Tomani dan Kampung Paal Seberang akan berjumpa dengan Pengarah Info & Komunikasi untuk menyampaikan hasrat mereka untuk menyertai Parti Keadilan pimpinan Ketua Cabang Tenom Gosibin Yasundang.

Gosibin Yasundang dalam satu kenyataan medianya menyatakan bahawa; "Pintu Parti Keadilan Cabang Tenom senantiasa terbuka untuk menerima ahli-ahli UMNO/BN, kita bersama-sama kerja kuat untuk merubah halatuju Kerajaan UMNO/BN dan kita bersama menggantikannya dengan halatuju Parti Keadilan yang senantiasa mahu berubah dengan cita rasa rakyat Sabah dalam Malaysia".

"Parti UMNO/BN bukan sahaja tidak releven tetapi sudah expired, sistem dinasti dan sistem kroni tidak akan wujud dalam Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat, kami mahu merubah semuanya bahawa dalam pemerintahan PKR/Pakatan tidak wujud kroni dan Pimpinan Tertinggi Pusat tidak mengamalkan sistem dinasti seperti UMNO misalnya selepas Dato’ Najib menjadi Perdana Menteri sudah diramal bahawa Dato’ Hishamuddin Tun Hussein pula menanti giliran," jelas Gosibin Yasundang.

Kata Gosibin, "PKR/Pakatan akan memberi peluang kepada orang muda menjawat jawatan yang membolehkan mereka membuat keputusan dalam pentadbiran Kerajaan tidak seperti UMNO/BN memilih kroni dan keluarga sendiri sebagai orang yang berkuasa dalam Kerajaan."

No comments: