Sunday, May 9, 2010

BENARKAH UMNO TENOM SEMAKIN LUMPUH ?

Oleh : HALIK ZAMAN


SEPATUTNYA kami akan balik Kota Kinabalu pada hari Ahad 9 Mei 2010 tetapi kerana ramai ahli UMNO yang mahu istiharkan diri menyertai PKR Cabang Tenom maka kami terpaksa menunda tarikh untuk berangkat balik ke Kota Kinabalu.

Ramainya penyertaan tidak terkira mahu sebut bilangannya kerana bimbang pula ada pemimpin UMNO Bahagian Tenom kena serangan jantung (heart attack).

Walau bagaimanapun Bahagian Info & Komunikasi gunakan VCD untuk merakamkan sendiri kelimat yang keluar dari mulut ahli-ahli UMNO Bahagian Tenom itu sendiri.

Semua rakaman VCD tersebut akan dikirim kepada PPN dan Ketua Umum PKR Pusat sebagai bukti ikrar ahli-ahli baru PKR yang keluar beramai-ramai dari UMNO Bahagian Tenom.

Menurut Ketua Cabang PKR Tenom, Gonsibin, beliau juga menerima banyak panggilan telefon polis bertanyakan kalau-kalau PKR ada membuat ceramah. Kata Gonsibin Yasundang, beliau tidak ada menganjurkan ceramah tapi gerakan mencari ahli memang ada dan ramai datang mengisi borang sahaja tidak ada ceramah apa-apa.

Dari Sibu Sarawak, Pengerusi Pimpinan Negeri Ahmad Tamrin mengalu-alukan kemasukkan ahli-ahli baru, walau dari mana ahli parti pun kami akan terima. Taktik yang digunakan oleh Pengarah Info & Komunikasi untuk merakamkan dalam VCD kemasukkan ahli-ahli UMNO adalah satu strategi yang paling berkesan untuk melindungi mereka dari ugutan dan tekanan.

Ahli-ahli UMNO yang menyertai PKR Cabang Tenom rata-rata menyatakan bahawa mereka selama ini cuma menjadi alat sahaja dalam UMNO, tiada perubahan serta UMNO dan para pemimpinnya tidak mahu berubah, kini mereka sudah muak dengan sikap pemimpin mereka yang tidak mahu berubah.

"Kami penduduk kampung cuma diguna dan diperlukan semasa PRU sahaja, habis PRU UMNO/BN menang? Muka calon-calon UMNO/BN yang menang itu susah nak nampak apa lagi nak menjenguk kami di kampung," jelas mereka.

Semua perbualan dan gambar serta rakaman percakapan ahli-ahli UMNO dijadikan VCD untuk bukti kukuh dan sukar untuk dinafikan oleh pemimpin UMNO selain menerima hakikatnya bahawa UMNO/BN itu sudah tidak releven lagi.

No comments: