MALAYSIA KINI
Keluarga seorang model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, mendakwa "diculik" oleh seorang kerabat diraja Kelantan, yang juga suaminya, dan sekarang mengalami penderaan, termasuk dilukakan di bahagian dada.
Ibunya Daisy Fajarina mendedahkan anaknya, 17, dibawa oleh kerabat tersebut selepas mereka sekeluarga - termasuk kerabat tersebut - selesai umrah bulan lalu dengan pesawat peribadi Challenger 300 dari Jeddah, Arab Saudi.
Sehingga kini nasib dan lokasi wanita muda itu masih tinggal misteri, lapor sebuah akhbar di republik tersebut Surya hari ini.
Mereka mengerjakan umrah bersama-sama antara 25 Februari hingga 9 Mac sebagai undangan untuk berbaik-baik semula antara kerabat tersebut, isterinya dan keluarga mertuanya.
Manohara Odelia - yang pernah tersenarai "100 Pesona Indonesia" - lari ke Indonesia selepas berasa sering dikasari oleh suaminya.
Model itu berkahwin dengan tergesa-gesa dengan kerabat tersebut yang berusia 31 tahun, pada 26 Ogos lalu setelah dicabuli lelaki tersebut, dakwa Daisy lagi.
Manohara Odelia diberikan mas kahwin RM50,000, kalung berlian, anting-anting, gelang, cincin dan jam tangan.
Lebih kurang seminggu sebelum majlis itu, Manohara Odelia dan keluarganya diundang ke Kuala Lumpur atas undangan istana Kelantan.
Menurut Daisy lagi, beliau terus membuat aduan kepada kedutaan Indonesia di Jeddah selepas kejadian mengejutkan itu.
Untuk menjejak anak bongsunya daripada dua beradik itu, Daisy cuba masuk ke Malaysia tetapi dihalang oleh jabatan imigiresen atas alasan "permintaan istana Kelantan."
Beliau juga mendapat bantuan daripada Kementerian Luar Indonesia selepas gagal ke Kuala Lumpur.
"Rasanya saya ingin mati saja, tapi saya tahu saya harus kuat untuk anak saya. Saya tidak sanggup membayangkan apa yang akan terjadi pada anak saya," Daisy dipetik berkata sambil berlinangan
No comments:
Post a Comment