Khamis, 5 Ogos 2021

Mahdzir Khalid tidak terima makluman pelantikan sebagai menteri

Azrulhakimie

Desas-desus mengatakan beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan tidak menerima sebarang makluman mengenai desas-desus yang mengatakan beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

“Saya tidak ada menerima sebarang makluman mengenai berita yang disebarkan sejak semalam,” katanya di laman Twitter beliau hari ini sambil berkongsi artikel media tempatan yang menyiarkan berita mengenai pelantikan itu.

Portal media tempatan melaporkan Ahli Parlimen Padang Terap itu dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli bagi menggantikan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah yang meletak jawatan semalam. – Bernama

Tiada ulasan: