Selasa, 3 Ogos 2021

Harga kit ujian kendiri COVID-19 bebankan rakyat

ainulillia 

KPDNHEP akan bincang untuk cari cara turunkan harga

KUALA BERANG – Kit ujian kendiri COVID-19 akan dicadangkan untuk disenaraikan sebagai barangan harga terkawal, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) , Datuk Rosol Wahid.

Ini kerana, katanya, harga kit ujian kendiri RM39.90 terlalu membebankan rakyat.

“Kita akui harga kit ujian kendiri dijual membebankan pengguna dan kita akan mengadakan perbincangan terutama mencari kaedah penurunan harga,” katanya seperti dilapor BHOnline, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi lain termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum kit ujian kendiri itu disenaraikan sebagai barangan harga kawalan.

“Kita akan mengadakan perbincangan dengan pengeluar, pembekal dan peniaga terutama berkaitan dengan harga ditawarkan,” katanya.

Selain itu, Rosol turut meminta bahagian penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan bagi mengelak wujudnya kit ujian kendiri tiruan.

“Pegawai dan anggota penguat kuasa KPDNHEP sudah diminta melakukan pemeriksaan ketulenan kit ujian kendiri di semua farmasi dan klinik swasta di seluruh negara.

“KPDNHEP juga akan melakukan pemantauan penjualan kit ujian kendiri melalui dalam talian,” katanya.

Tiada ulasan: