Sabtu, 24 Julai 2021

“Zaman Firaun Dulu Yang Ikut Semua Pergi Masuk Neraka, Bang!”, Pemuda Ini Ditahan PDRM

  THE PROFESSOR

Ketika kerajaan menggesa semua rakyat Malaysia untuk patuh prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak COVID-19, tetap ada pihak yang ambil ringan mengenainya.

Mungkin kerana belum ada ahli keluarga yang terdekat meninggal dunia akibat COVID-19 atau langsung tiada kawan rapat yang terkena jangkitan COVID-19, sebab itulah mereka percaya COVID-19 adalah teori konspirasi.

Kalau nak bercakap mengenai konspirasi sekali pun terutamanya yang menyentuh soal penghapusan populasi sekali pun, COVID-19 sememangnya pembunuh dalam senyap.

Kalau bukan, tidak adalah cerita rakyat Malaysia berdepan terpaksa ditidurkan apabila gangguan COVID-19 tersangatlah kritikal dan petugas barisan hadapan sedaya upaya cuba menyelamatkan nyawa.

Sehubungan itu jika tidak mahu terlibat sebagai mangsa untuk penghapusan populasi ini, patuhilah SOP, ambil vaksin sebagai pelindung dalam tubuh dan minum habbatussauda atau sumac setiap hari.

Guna Ivermectin bagi merawat pesakit COVID-19 setelah diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM) dan berserah diri kepada Allah SWT untuk kehidupan yang lebih baik di dunia serta akhirat.

Pemuda Selamba Tak Pakai Pelitup Muka Di Tempat Awam

Media sosial di Malaysia tidak pernah sepi daripada pelbagai isu tular. Boleh dikatakan setiap hari pasti akan ada tambahan isu semasa yang takkan pernah habis dibincangkan.

Yang terbaharu minggu ini adalah berkait dengan seorang pemuda yang sound direct kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengeluarkan kompaun ke atasnya kerana tidak memakai pelitup muka.

Paling berani, pemuda berkenaan merakam anggota PDRM berkenaan kononnya untuk pertahankan diri dan bertegas tindakannya yang tidak memakai pelitup muka kerana tiada orang awam bukanlah satu kesalahan.

Ini IC Saya, Saya Tak Kacau Orang

Berdasarkan video berkenaan, pemuda terbabit singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak. Pada mulanya, dia cuma ditegur sahaja oleh anggota PDRM yang kebetulan berada di situ untuk menjalankan undang-undang.

Namun pemuda berkenaan tidak mengendahkannya kerana baginya, dia ada di situ hanya untuk seketika sahaja dan tiada orang awam lain berhampiran dengannya.

Pemuda berkenaan menyerahkan kad pengenalan kepada anggota PDRM yang bertugas namun meminta semula anggota PDRM untuk menunjukkan kad pengenalan miliknya juga.

Katanya Negara Denmark Tak Praktikkan Amalan Pakai Pelitup Muka

Selain itu, pemuda ini turut mempersoalkan tindakan anggota PDRM dan berkata negara Denmark tidak mempraktikkan amalan untuk memakai pelitup muka ini namun jawapan anggota PDRM ini memang padu.

Tiada ulasan: