Selasa, 27 Julai 2021

Vaksin Covid-19 terlarut, terurai dalam darah selepas jalankan tugas Dr Suhazeli Abdullah

Dr Suhazeli Abdullah 

Vaksin COVID-19: Kami semua okey selepas terima suntikan! - Pesakit kronik

 Gambar hiasan

Timbul keraguan adakah selepas vaksin, swab test PCR secara automatik akan positif? Sebab secara teorinya vaksin itu mengandungi virus yang dimatikan atau antibodi Covid-19, jadi swab test akan jadi positif.

Ramai yang berfahaman begitu, tetapi tidak benar dan tidak tepat.

1. Bagi vaksin Covid-19 yang jenis mRNA, seperti Pfizer-BioNTech, bukan virus yang dilemahkan atau dimatikan, tetapi sejenis nukleitida sintetik untuk mengaruh pembentukan antibodi. Selepas menjalankan tugasnya, vaksin mRNA itu sendiri terurai dan larut dalam darah.

2. Bagi AstraZeneca dan Jannsen, jenisnya menggunakan virus lemah (Adenovirus) dan dicampur dengan spike protein virus Covid-19 (Vector Type). Selepas disuntik, vaksin AstraZeneca akan bertindak balas dengan sel darah putih bagi membentuk antibodi. Vaksin tersebut akhirnya ditelan oleh sel darah putih dan dikumuhkan.

3. Manakala jenis vaksin yang tidak aktif (inactivated) seperti vaksin Sinovac dan Sinopharm juga akan bertindak balas dengan sel darah putih. Akhirnya terbentuk antibodi. Virus yang tidak aktif itu tidak sesekali membiak atau merayap ke kerongkong. Mereka akan ditelan oleh sel darah putih dan dikumuhkan.

Swab PCR adalah mengesan wujudnya virus sama ada masih hidup atau mati. Jadi setelah cucuk vaksin, tidak sesekali akan positif PCR, kerana virus Covid-19 atau komponennya sudah tidak wujud. Jika berlaku juga kes positif bermakna seseorang itu dijangkiti oleh virus Covid-19 yang betul bukan dari vaksin.

Bagaimana pula dengan ujian antibodi?

Ujian antibodi pula mengesan kewujudan antibodi dalam tubuh. Tetapi kita tidak dapat ketahui dengan tepat sama ada antibodi itu terhasil dari jangkitan semula jadi virus Covid-19, atau dari vaksin. Tambahan pula alat ujian antibodi tersebut tidak khusus kepada antibodi spike protein atau Nukleokapsid Virus.

Bahkan spike protein pun banyak pula epitope dia (S1, S2, RBD up, RBD down, dan RBM). Kalau nak buat juga pengesanan antibodi, hanya dalam makmal besar bagi tujuan kajian sahaja. Kos pun mahal.

Itu tak bincang lagi bab sensitiviti dan spesificiti alat ujian antibodi. Pendeknya, tidak boleh digunakan untuk menentukan seseorang itu ada antibodi atau tidak.

Harap faham penerangan saya kerana tulis perkataan teknikal perubatan. Jangan keliru pula dengan tulisan antivaksin yang entah depa ceduk dari mana fakta.

(*) Dr Suhazeli Abdullah -Pakar Perubatan Keluarga

Tiada ulasan: