Rabu, 14 Julai 2021

Polis tegur 2 lelaki main badminton depan rumah

KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan di media sosial kononnya dua lelaki dikenakan kompaun kerana bermain badminton di hadapan rumah di Jalan USJ 2/6A, Subang Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, berkata Pasukan Pemantauan dan Pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya hadir ke rumah itu selepas menerima aduan orang awam pada jam 7 malam.

Katanya, pihaknya menasihatkan lelaki terbabit mengenai kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Ketika pasukan polis tiba, dua lelaki itu dilihat sedang bermain badminton di hadapan rumah mereka dan kemudian diberi penerangan mengenai SOP PKPD iaitu sebarang aktiviti senaman tidak dibenarkan.

"Mereka mengakui faham dengan penerangan diberikan dan dinasihat supaya tidak mengulanginya lagi. Tiada kompaun dikeluarkan seperti ditularkan di media sosial," katanya dalam kenyataan, semalam.

Abd Khalid, tindakan polis berdasarkan maklumat penduduk setempat yang peka dengan isu pematuhan SOP ketika PKPD.

Tiada ulasan: