Jumaat, 23 Julai 2021

Perkasa sistem imun tubuh dalam strategi melawan Covid-19

Terdapat satu hal yang amat perlu dititikberatkan mengenai Covid-19 yang begitu rumit namun tidak mendapat perhatian sewajarnya. Berdasarkan statistik, didapati terdapat kategori-kategori individu tertentu yang lebih berisiko mengalami kesan jangkitan virus yang teruk dan tewas dalam pergelutan nyawa.

Kebanyakan orang dalam kategori yang dimaksudkan itu adalah warga emas dan pesakit yang menghidap penyakit-penyakit tidak berjangkit (non-communicable diseases atau NCD) seperti hipertensi dan diabetes terutamanya di kalangan penduduk Malaysia. Polisi-polisi perlindungan bersasar mesti dirangka dengan mengambil kira ciri-ciri virus yang penting ini.

Seawal September 2020, ketua pengarang jurnal perubatan The Lancet, Richard Horton meneliti Covid-19 bukan sekadar pandemik, tetapi juga “sindemik”. Menurut Horton:

“What we have learned so far tells us that the story of Covid-19 is not so simple. Two categories of disease are interacting within specific populations—infection with severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2) and an array of non-communicable diseases (NCDs). These conditions are clustering within social groups according to patterns of inequality deeply embedded in our societies. The aggregation of these diseases on a background of social and economic disparity exacerbates the adverse effects of each separate disease. Covid-19 is not a pandemic. It is a syndemic.”

Kesimpulannya, virus SARS-CoV-2 akan menjadi lebih teruk sekiranya mangsa adalah penghidap NCD. Hal ini akan menjadi semakin teruk sekiranya pesakit itu tergolong dalam golongan masyarakat yang tidak bernasib baik seperti golongan miskin, kaum minoriti dan sebagainya. Inilah yang dimaksudkan sindemik.

Pendekatan sindemik, katanya, “reveals biological and social interactions that are important for prognosis, treatment, and health policy”.

Oleh itu, untuk mengelak bahaya akibat SARS-CoV-2, Horton berkata langkah-langkahnya adalah “will demand far greater attention to NCDs and socioeconomic inequality than has hitherto been admitted. A syndemic is not merely a comorbidity. Syndemics are characterised by biological and social interactions between conditions and states, interactions that increase a person’s susceptibility to harm or worsen their health outcomes. In the case of COVID-19, attacking NCDs will be a prerequisite for successful containment.”

Maka timbul persoalan, apakah instrumen yang kita miliki untuk menangani NCD?

Seperti yang dimaklumkan, gaya hidup sihat bagi mencegah penyakit dan menguatkan sistem imun tubuh adalah mustahak untuk mengelak NCD. Penyatuan NCD dan Covid-19 boleh mengundang maut. Beberapa cadangan praktikal dan keterangan saintifik berhubung manfaat penokok diet bagi mencegah beberapa jenis NCD telah dilaporkan dalam laporan “Dietary Supplements in the Malaysian Context: Policy Recommendations for Enhancing Freedom of Choice and Healthcare Savings” terbitan Center for Market Education (CME) baru-baru ini.

Dalam hal Covid-19, misalnya, kekurangan vitamin D dalam tubuh ketika dimasukkan ke hospital dikaitkan dengan 3.7 kali kemungkinan meninggal dunia akibat Covid-19. Kadar hospitalisasi pesakit yang kekurangan vitamin D dalam tubuh adalah lebih tinggi dan pesakit berkenaan perlukan terapi oksigen yang lebih intensif.

Sekiranya pesakit dikelompokkan mengikut usia, jantina, dan komorbiditi, kekurangan vitamin D dikaitkan dengan 6 kali kemungkinan mengalami siri kesakitan yang lebih teruk dan 15 kali risiko meninggal dunia.

Vitamin C juga dikenal pasti sebagai unsur yang menguatkan imun tubuh kerana sel dari sistem keimunan memerlukan vitamin C dan membantu melindungi tubuh daripada kerosakan dalaman akibat tindak balas imun yang berlebihan. Terutama sekali, kekurangan vitamin C dalam tubuh akan meningkatkan risiko dijangkiti penyakit, seperti pneumonia.

Gaya hidup yang penuh tekanan mungkin menjadi penyebab pengurangan vitamin C dalam tubuh dan amat perlu dititikberatkan di Malaysia. Hal ini demikian kerana minimum jam kerja bagi seorang pekerja dalam seminggu antara yang tertinggi di dunia. Meskipun banyak kajian mengenai keberkesanan dos mega vitamin C dalam mencegah penyakit respiratori tidak membawa pada sebarang keputusan atau negatif, metaanalisis mencadangkan bahawa vitamin C secara statistiknya mempunyai manfaat yang konsisten dan besar dalam mencegah demam selsema, sesuai bagi orang yang terdedah kepada tekanan-tekanan berjangka pendek, melakukan senaman intensif serta terdedah kepada persekitaran yang dingin.

Apa yang dinyatakan di atas hanyalah beberapa pertimbangan mengenai vitamin C dan D yang disebut dalam laporan CME yang membutirkan kajian ke atas hubungan antara pemakanan dan penyakit berjangkit. Menggalakkan penggunaan penokok diet adalah penting dalam pencegahan Covid-19. Oleh yang demikian, mengadakan satu rangka institusi adalah amat penting. Kerajaan harus menyemak polisi duti import ke atas ramuan penokok diet serta mengusahakan perjanjian-perjanjian dagangan yang mudah dan segera bagi membolehkan perdagangan yang benar-benar bebas.

Pada masa sama, ramuan dan produk akhir yang berkait penokok diet harus dikecualikan SST. Cadangan ini berasaskan kepada kebebasan pengguna untuk membuat pilihan tentang penjagaan kesihatan dan siri rawatan individu. Kami juga menyarankan kerajaan memperkenalkan relif cukai gaya hidup bagi individu yang membeli zat makanan dan penokok diet, terhad kepada RM1,500 setahun.

Daripada memperjuangkan subsidi secara meluas yang akan memupuk mentaliti kebergantungan yang negatif, lebih wajar dipertimbangkan strategi subsidi yang terhad dan bersasaran khusus untuk golongan rentan serta rancangan yang mengawasi penamatan subsidi (end-of-subsidy monitoring plan) berkenaan.

Kami percaya tindakan oleh pihak berkuasa tempatan dalam pendidikan beserta kerjasama pengeluar penokok diet dan NGO berkaitan boleh menjadi strategi jangka masa panjang yang berkesan untuk meningkatkan perlengkapan diet.

Walaupun cadangan-cadangan ini tidak secara langsung membasmi Covid-19, ia menjurus kepada menggalakkan kelakuan yang lebih sihat sebagai strategi mencegah kemunculan NCD. NCD perlu diperhatikan apabila melihat Sars-CoV-2 sebagai sindemik, bukan sekadar pandemik.

(*) Carmelo Ferlito adalah ahli ekonomi, sejarawan pemikiran ekonomi, dan CEO Center for Market Education.

Tiada ulasan: