Khamis, 15 Julai 2021

Long Tiger akhirnya diberkas, KP Johor Dedah Apa Yg Terjadi

LIFE / https://currentnews52.com/

Seorang lelaki berketurunan Rohingya bergelar Long Tiger ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam jenayah mengurung seorang bekas pekerjanya

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan lelaki bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 35, itu ditahan di sekitar Muar pada pukul 9.45 malam.

Ayob Khan

“Penahanan suspek dibuat berhubung satu kejadian individu berkenaan mengurung seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun yang merupakan bekas pekerjanya.

“Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 342 Kanun Kesksaan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Ayob Khan, lelaki berkenaan mempunyai banyak rekod jenayah lampau bersabit kes peras ugut, culik, jenayah dan rogol namun telah selesai menjalani hukuman.

“Punca suspek mengurung bekas pekerjanya itu bagaimanapun masih dalam siasatan pihak polis,” ujarnya.

(*) Sumber: bartasangbad.site

Tiada ulasan: