Isnin, 12 Julai 2021

Lokasi CAC di Dewan Taman Sri Andalas tidak sesuai

Oleh Norzamira Che Noh
Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Dewan Taman Sri Andalas, Klang menjadi tumpuan individu disyaki positif. Di pusat ini, mereka akan diklasifikasikan tahap jangkitan sama ada perlu dirujuk ke Hospital COVID-19 atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah PKRC MAEPS atau hanya menjalani pemantauan kendiri di rumah. - NSTP/Faiz Anuar

KLANG: Klang: Lokasi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Dewan Taman Sri Andalas dekat sini, tidak sesuai kerana berhampiran rumah penduduk serta laluan utama keluar masuk ke taman berkenaan.

Menurut kenyataan di Facebook N49 DUN Sungai Kandis hari ini, selepas dewan berkenaan dijadikan CAC, surau berdekatan terpaksa ditutup serta merta walaupun tiada arahan selain penduduk bimbang mengenai risiko penularan COVID-19 di kawasan terbabit.

Susulan itu, satu perbincangan diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni bersama Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang, Pengerusi Surau taman itu, Pakar Perubatan PKD Klang dan beberapa individu lain bagi mencari penyelesaian kepada masalah itu.

Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Dewan Taman Sri Andalas, Klang menjadi tumpuan individu disyaki positif. Di pusat ini, mereka akan diklasifikasikan tahap jangkitan sama ada perlu dirujuk ke Hospital COVID-19 atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah PKRC MAEPS atau hanya menjalani pemantauan kendiri di rumah. - NSTP/Faiz Anuar
Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Dewan Taman Sri Andalas, 
Klang menjadi tumpuan individu disyaki positif. Di pusat ini, 
mereka akan diklasifikasikan tahap jangkitan sama ada perlu 
dirujuk ke Hospital COVID-19 atau Pusat Kuarantin dan 
Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah PKRC MAEPS atau 
hanya menjalani pemantauan kendiri di rumah. - NSTP/Faiz 
Anuar

Menurut kenyataan itu, hasil perbincangan bersama pihak PKD Klang mengakui kesilapan kerana tidak mengadakan perbincangan bersama ADUN kawasan dan penduduk sebelum mencadangkan pembukaan CAC berkenaan.

"Pihak PKD Klang juga bersetuju menyemak semula dan cadangan memindahkan ke lokasi lain bagi CAC berkenaan tetapi memohon diberi sedikit masa untuk mencari lokasi yang sesuai.

"Dalam masa yang sama, PKD Klang akan mengambil beberapa tindakan segera bagi penambahbaikan keadaan lalu lintas, mengenakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi pesakit yang hadir; menyediakan lokasi tempat letak kenderaan yang sesuai bagi pesakit.

"PKD Klang juga akan menyediakan pelan laluan sesuai bagi membolehkan surau dibuka dan tidak mengganggu penduduk sekitar," jelas kenyataan itu.

Sementara itu, berdasarkan satu video yang dikongsi penduduk, kawasan taman perumahan berkenaan sesak dengan kenderaan pesakit yang ingin ke CAC berkenaan.

Penduduk yang merakam video berkenaan juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) membuka CAC di kawasan berkenaan.

Petugas kesihatan bertungkus lumus mengendali kehadiran individu disyaki positif di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Dewan Taman Sri Andalas, Klang. Di pusat ini, mereka akan diklasifikasikan tahap jangkitan sama ada perlu dirujuk ke Hospital COVID-19 atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) atau hanya menjalani pemantauan kendiri di rumah. - Foto FAIZ ANUAR
Petugas kesihatan bertungkus lumus mengendali kehadiran 
individu disyaki positif di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) 
Dewan Taman Sri Andalas, Klang. Di pusat ini, mereka akan 
diklasifikasikan tahap jangkitan sama ada perlu dirujuk ke 
Hospital COVID-19 atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID
-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia 
(MAEPS) atau hanya menjalani pemantauan kendiri di rumah. 
- Foto FAIZ ANUAR

Tinjauan jam 4.15 petang tadi pula mendapati, keadaan di kawasan terbabit sudah beransur lengang yang mana tiada lagi pesakit beratur di luar dewan itu.

Sebelum ini Klinik Kesihatan Bandar Botanic menjadi lokasi CAC bagi daerah itu sebelum dipindahkan ke dewan berkenaan hari ini.

Tiada ulasan: