Isnin, 12 Julai 2021

Lelaki hina TMJ ditahan

FMT Reporters
Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek mempunyai rekod 
jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. 
(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis Johor menahan seorang lelaki di Ayer Hitam, Johor semalam berhubung dakwaan menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berusia 31 tahun ditahan di rumahnya berikutan 10 laporan polis yang dibuat semalam berhubung video yang dimuat naik oleh suspek dalam laman itu atas nama “amirul_naito”.

“Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah D9 Iskandar Puteri dibantu oleh sepasukan anggota Balai Polis Ayer Hitam, Batu Pahat kemudiannya bertindak menangkap suspek di rumahnya pada 9.30 malam tadi.

“Suspek mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

New FMT App
Copy video url
Play / Pause
Mute / Unmute
Report a problem
Language
Mox Player
Ayob Khan berkata, suspek direman empat hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Saya seru semua agar gunakan media sosial dengan sebaiknya dan tidak menggunakannya untuk perkara-perkara yang memudaratkan dan boleh mendatangkan ketegangan pada masyarakat,” katanya.

Tiada ulasan: