Sabtu, 10 Julai 2021

Lelaki alami tekanan perasaan dihalau dari rumah sewa

PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang mengalami tekanan perasaan menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Kuala Lumpur, hari ini.

Pertemuan bersama-sama pegawai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu berlaku di Lorong Haji Taib, di sini.

Zulkifli berkata, individu terbabit menghubungi talian Tele Bantuan YADIM bagi mendapatkan kerana mengalami tekanan perasaan, selepas dihalau dari rumah sewa kerana tidak mampu membayar sewa bilik RM600.

"Kehadiran kami bagi membantu menyelesaikan bayara sewa bilik dan menghulurkan sedikit wang saku bagi perbelanjaan harian," kata di Facebook.

Zulkifli berkata, lelaki terbabit sebak dan terharu apabila dikunjungi beliau dan wakil dari YADIM.

Tiada ulasan: