Jumaat, 16 Julai 2021

Kedai komputer, alat tulis dibenar operasi

Oleh MOHD RASDAN AHMAD
 
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju untuk membenarkan kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis untuk beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa (esok) 16 Julai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran ini diberikan setelah mengambil kira maklumbalas pelajar, ibubapa serta tenaga pengajar dan untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tanpa ganguan.

“Selain itu, sidang khas juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran PDRM bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan professional.

“Pandemik Covid-19 ini telah mengubah cara pembelajaran harian dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan sistem PdPR secara dalam talian,” jelanya melalui satu kenyataan sebentar tadi. – K! ONLINE.

Tiada ulasan: