Khamis, 22 Julai 2021

‘Ibu saya tiada kena mengena dengan cerita Caprice, Ebit’

Oleh MOHD. HAIKAL ISA
 
NEELOFA dan ibunya.

PETALING JAYA – Terkait dalam konflik Ustaz Ebit Lew dan Caprice selebriti popular Neelofa meminta agar nama ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed juga tidak terus dibabitkan dalam perkara berkenaan.

Menerusi beberapa komen yang ditinggalkan dalam sesi siaran langsung (live) pendakwah bebas berkenaan sebentar tadi, Neelofa  atau nama lengkapnya, Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, ibunya, Noor Kartini Noor Mohammed tiada kena mengena dengan perbalahan antara Caprice dan Ebit Lew.

“Ibu saya tiada kena mengena dengan cerita Caprice dan ustaz. Saya akan hubungi Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tidak terlibat.

“This is not right. (Ini tidak betul). Saya minta jangan kaitkan benda yang tidak berasas,” ujar isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail tersebut.

Menjawab kenyataan Neelofa, Ebit Lew berkata: “Baik Neelofa, boleh tanya Caprice sebab dia muat naik screenshot (tangkap layar). Saya menjawab kenyataan dia. Saya baik sahaja dengan semua orang.”

Terdahulu, dalam sesi live, Ebit Lew turut menafikan dirinya ada berjumpa dan berbincang dengan sama ada Neelofa dan suami termasuk Caprice mengenai rancangan ke Gaza, Palestin.

“Saya tidak jumpa atau bincang dengan PU Riz, Neelofa atau Caprice mengenai rancangan ke Gaza.

“Langsung tiada plan. Saya sampai Gaza, Caprice ada tanya khabar. Itu sahaja,” kata Ebit Lew. – K! ONLINE

Tiada ulasan: