Sabtu, 10 Julai 2021

Hajiji: Sabah kekal keputusan benarkan makan di restoran

MALAYSIAKINI
 
Malaysiakini

Kerajaan Sabah menegaskan akan kekal membenarkan kegiatan makan di restoran di negeri itu, di sebalik peringatan kerajaan persekutuan berkenaan penetapan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata, kebenaran itu - yang dikuatkuasakan pada 29 Jun - diberikan susulan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

"Ini pendirian kita," katanya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri hari ini.

Pada 29 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan kerajaan negeri tidak boleh melonggarkan SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ismail berkata, dia telah memaklumkan perkara itu kepada wakil kerajaan Sabah pada mesyuarat sidang khas MKN sehari sebelumnya - hari yang sama kerajaan Sabah mengumumkan keputusan itu.

MKN telah memutuskan satu SOP sama diguna pakai di seluruh negara dan negeri tidak sepatutnya membuat SOP sendiri, katanya ketika itu.

Hari ini, Sabah menyusuli enam negeri lain untuk beralih ke fasa kedua PPN, di mana

Untuk fasa kedua, semakin banyak sektor ekonomi akan dibuka tetapi kegiatan makan di kedai masih tidak dibenarkan.

Tiada ulasan: