Rabu, 14 Julai 2021

Doakan ‘binatang’ dera adik Bella dihadap ke muka pengadilan

Ir Ts Lukman Al Hakim

Kanak-kanak OKU dinafikan rawatan kesihatan elak keadaan dirinya terbongkar

SEOLAH tidak cukup dengan pelbagai kisah sedih dan menyayat hati yang kita dengar akibat pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi yang melanda, kini viral pula tentang kes penderaan dahsyat terhadap seorang kanak-kanak OKU (down sindrom) berusia 13 tahun yang bernama Bella.

Kisah ini tersebar sangat pantas mungkin kerana Bella didera ketika berada di rumah kebajikan Bonda yang diusahakan aktivis kemanusiaan terkenal negara, Syed Azmi.

Bayangkan anak syurga yang tidak berdosa ini dilayan lebih hina daripada binatang apabila dicucuh dengan objek panas, tidak diberi makan, diikat dengan kejam dan disumbat dalam stor rumah.

Lebih menyayat hati apabila adik Bella disahkan positif COVID-19, namun dinafikan sebarang pemeriksaan dan rawatan kesihatan bagi mengelakkan keadaan dirinya terbongkar.

Setakat ini kes masih dalam siasatan polis.

Dan Syed Azmi masih membisu seribu bahasa.

Ayuh sama-sama kita doakan ‘binatang’ yang mendera adik Bella berjaya dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal - ISMA WEB

#justice4bella

(*) Ir Ts Lukman Al Hakim - Setiausaha Agung BERJASA

Tiada ulasan: