Selasa, 27 Julai 2021

Covid-19: Johor, Kedah pula catat kes empat digit

MGF13072021_CAC-SRI-ANDALAS-31
Jika semalam kes positif harian baharu Covid-19 mencecah lebih 17,000 namun hari ini bilangannya berkurangan dengan 14,516 kes dilaporkan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jika semalam kes positif harian baharu Covid-19 mencecah lebih 17,000 namun hari ini bilangannya berkurangan dengan 14,516 kes dilaporkan.

Bagaimanapun, Johor dan Kedah pula mula menunjukkan peningkatan apabila masing-masing melebihi empat digit iaitu 1,449 dan 1,160 kes.

Selangor pula kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 6,508 kes dicatatkan hari ini.

Perlis masih menunjukkan jumlah kes positif Covid-19 di bawah 10 kes sehari dengan hari ini hanya dua kes direkodkan.

Berikut pecahan setiap negeri yang dikongsi pada hantaran Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.

Selangor – 6,508 (373,977)
WPKL – 1,425 (111,476)
Johor – 1,449 (85,707)
Sabah – 720 (80,190)
Sarawak – 356 (74,342)
Negeri Sembilan – 452 (67,067)
Pulau Pinang – 402 (42,499)
Kelantan – 346 (40,019)
Kedah – 1,160 (39,637)
Perak – 590 (34,509)
Melaka – 373 (28,467)
Pahang – 386 (21,773)
Terengganu – 245 (14,563)
WP Labuan – 8 (9,607)
WP Putrajaya – 94 (3,461)
Perlis – 2 (660) – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: