Isnin, 12 Julai 2021

Buka ibu kota lebih cepat jika lebih ramai penduduk divaksin, kata Annuar

FMT Reporters
Annuar Musa berkata tidak mustahil untuk pihaknya membuka ibu kota lebih awal 
apabila sejumlah tertentu warga Kuala Lumpur sudah selesai vaksinasi. (Gambar 
Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa tidak menolak kemungkinan melonggarkan pergerakan kepada individu yang sudah divaksin di ibu negara apabila lebih ramai sudah menerimanya.

Bagaimanapun katanya, bagi penduduk yang masih belum menerima suntikan vaksin, pergerakan mereka masih perlu dikawal.

“Tidak mustahil untuk kita membuka ibu kota lebih awal apabila sejumlah tertentu warga ibu kota sudah selesai vaksinasi.

“Jika itu terjadi, tidak mustahil hanya mereka yang sudah disuntik sahaja bebas bergerak menjalankan aktiviti, sementara yang belum perlu kawal dan dihadkan pergerakan,” katanya dalam catatan di Twitter.

New FMT App
Copy video url
Play / Pause
Mute / Unmute
Report a problem
Language
Mox Player
Dalam pada itu, beliau berkongsi data terkini jumlah suntikan harian yang dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Putrajaya dan Kuala Lumpur yang sudah melebihi 100% penduduk berusia 18 tahun ke atas.

“Lebih 1.8 juta suntikan 1 dan 2 dilaksanakan di KL dan Putrajaya.

“Meskipun ia sudah melebihi 100% penduduk berusia 18 tahun ke atas, namun terdapat daripada jumlah tersebut bukan warga KL dan masih ada warga KL yang belum disuntik,” katanya.

Tiada ulasan: