Khamis, 15 Julai 2021

Bomba tangkap ular sawa selepas telah anak kambing

Oleh SURAIDAH ROSLAN

PASUKAN bomba menangkap ular sawa sepanjang 12 kaki di Kampung Suasa, Beaufort.

KOTA KINABALU: Selepas menelan seekor anak kambing, seekor ular sawa sepanjang 12 kaki ditemukan kekenyangan di sebuah kandang kambing di Kampung Suasa, Beaufort, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan ular sawa itu pada pukul 12.34 tengah hari.

ULAR sawa kekenyangan selepas membaham seekor anak kambing.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort kemudian mengerahkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dengan menaiki dua buah jentera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 28 kilometer dari balai. Operasi diketuai oleh Penguasa Bomba Kanan Ag Dinin Ag Ajak.

Pasukan bomba berjaya menangkap ular sawa sepanjang 12 kaki yang masih berada dalam kandang kambing berkenaan.

Tiada mangsa dilaporkan dalam operasi penangkapan ular tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: