Jumaat, 25 Jun 2021

Suntikan vaksin harian rekod 6.8 juta dos setakat semalam

Bernama

268,604 dos suntikan diberikan semalam berbanding 252,773 dos pada hari sebelumnya.

Sebanyak 6,823,104 dos vaksin telah diberikan di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini.

Dr Adham menerusi perkongsian di Twitter berkata jumlah penerima dos pertama ialah 4,924,334 orang dan daripada jumlah itu, 1,898,770 orang menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

Sementara itu, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 251,260 orang, diikuti Johor (199,873), Sarawak (195,607), Perak (173,389) dan Kuala Lumpur (163,987).

Mengenai vaksinasi harian PICK, beliau berkata sebanyak 268,604 dos diberikan semalam berbanding 252,773 dos pada hari sebelumnya.

Menurut Dr Adham daripada jumlah itu, 175,201 merupakan penerima dos pertama manakala 93,403 adalah dos kedua.

Tiada ulasan: