Sabtu, 26 Jun 2021

Poster PKP dilanjutkan palsu

 Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF

PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan mengeluarkan poster pengumuman berhubung pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebarkan secara meluas melalui pelbagai aplikasi media sosial hari ini.

MKN dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya tidak pernah menghasilkan atau membuat hantaran di mana-mana platform rasmi MKN, Jabatan Perdana Menteri berkaitan poster tersebut.

“Berhenti menyebarkannya. Pastikan sahih, baru kongsi,” kata kenyataan tersebut hari ini. -K! ONLINE

Tiada ulasan: