Jumaat, 11 Jun 2021

Pemilik akaun Instagram ‘safieyillias94’ ditahan

Menurut polis, kedua-dua hos berkenaan juga menunjukkan aksi penggunaan 
rokok elektronik (vape) kepada kanak-kanak terbabit.

KUALA LUMPUR: Polis menahan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ semalam kerana disyaki melakukan komunikasi lucah dan amang seksual melibatkan kanak-kanak di bawah umur.

Tanpa mendedahkan butiran tempat suspek ditahan, Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya akan membuat permohonan reman suspek hari ini.

“Beri masa kepada pihak kami untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini,” katanya menurut laporan Bernama.

Semalam polis mengesan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’ yang disyaki melakukan perbuatan yang boleh ditakrifkan sebagai komunikasi lucah dan amang seksual.

Mohd Zaid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pensyarah di sebuah universiti awam yang melihat pautan Instagram secara langsung atas penama dengan kedua-dua mereka yang berpakaian secara menjolok mata.

Selain itu beliau berkata, kedua-dua hos berkenaan juga menunjukkan aksi penggunaan rokok elektronik (vape) kepada kanak-kanak terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Tiada ulasan: