Rabu, 23 Jun 2021

Kilang palsukan permohonan untuk beroperasi ketika PKP dikompaun

Polis mengesan pemalsuan permohonan berkenaan semasa operasi pematuhan 
prosedur operasi standard (SOP) di sekitar Butterworth semalam. (Gambar 
Bernama)

BUTTERWORTH: Sebuah kilang pembuatan barangan plastik dikompaun RM1,000 dan diarah tutup serta-merta kerana memalsukan butiran dengan mengisytiharkan sebagai perniagaan perkhidmatan perlu untuk beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Noorzainy Mohd Noor berkata, polis mengesan perkara itu semasa operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekitar Butterworth semalam.

“Pemeriksaan kami mendapati pemiliknya mengisytiharkan kilang itu menghasilkan barangan perubatan bagi mendapat kebenaran operasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Namun ia sebenarnya menjalankan pembuatan barangan plastik,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Dalam pemeriksaan itu, katanya, polis turut menahan dua lelaki Indonesia berusia 30-an yang bekerja di kilang berkenaan kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

Tiada ulasan: