Sabtu, 26 Jun 2021

Jais benar pasangan nikah mulai 1 Julai

Oleh Media Mulia
Jais benar pasangan bernikah mulai 1 Julai ini.

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menghebahkan majlis akad nikah secara bersemuka dibenarkan mulai 1 Julai.

Maklumat tersebut  dikongsi di Facebook Jais dengan memberitahu, majlis tersebut hanya boleh dilaksanakan di pejabat agama itu dan Pejabat Agama Islam Daerah dari Isnin hingga Ahad.

Pasangan perlu membuat tarikh janji temu terlebih dahulu dan kehadiran terhad kepada pengantin lelaki, perempuan serta wali.

Pasangan dan wali  wajib menjalani ujian tindak balas berantai polimeras masa nyata (rt-PCR) dalam tempoh 72 jam sebelum  majlis dan perlu mengemukakan keputusan ujian kepada pendaftar.

Pada 1 Jun majlis akad nikah serta semua perkhidmatan di bawah Jais ditangguhkan sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan yang dilaksanakan di seluruh negara. – UTUSAN

Tiada ulasan: