Selasa, 15 Jun 2021

5,419 kes baru, Selangor kekal tertinggi

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat5,419 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini. Semalam jumlah kes baru menunjukkan penurunan apabila 4,949 kes dicatatkan berbanding 5,304 pada Ahad.

Selangor kekal menjadi negeri dengan kes baru tertinggi dengan 1,996 kes.

Ia disusuli Sarawak yang menunjukkan sedikit penurunan pada 718 kes baru berbanding 744 kes yang dicatatkan semalam.

Perincian lanjut berkenaan situasi Covid-19 di Malaysia akan diketahui menerusi kenyataan rasmi KKM petang ini.

Berikut adalah jumlah kes baru mengikut negeri:

Selangor - 1,996 (218,477)

WPKL - 650 (68,369)

Sabah - 230 (66,546)

Johor - 366 (65,435)

Sarawak - 718 (56,905)

Negeri Sembilan - 396 (34,501)

Kelantan - 245 (32,512)

Pulau Pinang - 124 (32,448)

Perak - 68 (23,850)

Kedah - 252 (22,322)

Melaka - 155 (15,124)

Pahang - 32 (11,707)

Terengganu - 43 (10,696)

WP Labuan - 138 (6,293)

WP Putrajaya - 5 (2,131)

Perlis - 1 (560)

 

Tiada ulasan: