Selasa, 11 Mei 2021

Thailand pertingkat kawalan sempadan dengan Malaysia menjelang Aidilfitri

Bernama

Rondaan di laluan-laluan tikus dan lokasi panas dipergiatkan bagi menyekat warga Thai yang cuba menyeberangi sempadan secara tidak sah.

Thailand mempertingkatkan kawalan di sempadan Thailand-Malaysia untuk mencegah kemasukan warga Thai yang cuba menyelinap masuk ke negara asal mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19.

Komander Divisyen ke-15 Infantri (commander of the 15th Infantry Division) Mej Jen Paisal Noosang berkata pasukan keselamatan akan mempergiatkan rondaan di laluan-laluan tikus dan lokasi panas bagi menyekat warga Thai yang cuba menyeberangi sempadan secara tidak sah.

“Warga Thai yang bekerja di Malaysia dijangka pulang untuk menyambut Hari Raya dengan menggunakan laluan tikus untuk memasuki Thailand.

“Pasukan keselamatan akan memperketatkan rondaan di sempadan Thailand-Malaysia untuk mengekang kemasukan warga Thai dan asing secara haram serta mengelakkan diri daripada kuarantin mandatori,” katanya.

Dalam usaha membendung penularan gelombang ketiga Covid-19, Thailand mewajibkan semua yang memasuki negara ini menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

Lebih 100,000 warga Thai yang berada di Malaysia dilaporkan telah pulang ke Thailand sejak penularan pandemik Covid-19 dan kira-kira 40,000 hingga 50,000 lagi warga Thai masih berada Malaysia.

Pada Ahad, polis menahan 10 warga Myanmar yang dipercayai merupakan pekerja asing tanpa izin yang menaiki dua buah teksi cuba menyelinap masuk Thailand.

Media tempatan melaporkan bahawa pihak berkuasa tempatan menahan hampir 16,000 individu cuba menyelinap masuk Thailand dari Malaysia, Kemboja, Laos, dan Myanmar dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pada Ahad, polis menahan 10 warga Myanmar yang dipercayai merupakan pekerja asing tanpa izin yang menaiki dua buah teksi cuba menyelinap masuk

Tiada ulasan: