Selasa, 11 Mei 2021

Solat Aidilfitri di tanah lapang kurangkan risiko jangkitan Covid-19

Oleh Media Mulia
Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
PETALING JAYA: Solat Aidilfitri di tanah lapang bukan sahaja merupakan satu sunnah bagi Nabi Muhammad s.a.w., bahkan ia juga mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 jika dibandingkan tempat tertutup.
 
Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, sehubungan itu berkata,Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) telah mengeluarkan titah diraja meminta semua masjid  di Perlis menguruskan solat Aidilfitri di tanah lapang melainkan jika berlaku hujan.
 
“Pihak MAIPs telah pun mengeluarkan titah diraja berkenaan hal tersebut. Bahkan insha-Allah, Raja Perlis telah berkenaan kawasan Istana Arau turut dijadikan tempat solat Aidilfitri tahun ini.
 
“Ketika saya mengadap DYMM Raja Perlis tadi, pengurusan mencadangkan untuk membuat khemah kecil sementara untuk DYMM Raja semasa solat Aidilfitri. Jawab DYMM Raja Perlis: “Tidak perlu! Jangan bezakan saya dengan orangramai semasa solat.” Alhamdulillah,” kata Dr. Mohd. Asri dalam kenyataan di facebook.
 
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebelum itu bertitah solat Aidilfitri dibenarkan di negeri itu akan diadakan di tanah lapang di kawasan masjid di seluruh Perlis.

Titah baginda, solat Aidilfitri di tanah lapang yang bermula pada pukul 8 pagi itu bukan sahaja selaras dengan sunnah malah boleh mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 jika dibandingkan solat yang ditunaikan di tempat tertutup.

Bagaimanapun Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, sekiranya keadaan cuaca tidak bersesuaian seperti hujan lebat, solat berkenaan akan dilaksanakan di dalam masjid dengan kapasiti keluasan maksimum mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bermula pukul 8.30 pagi.

Sehubungan itu baginda dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan untuk berangkat menunaikan solat Aidilfitri bersama-sama rakyat di dataran istiadat, pekarangan Istana Arau di sini. – UTUSAN

Tiada ulasan: