Sabtu, 8 Mei 2021

PM: 150,000 dapat kerja melalui program k'jaan setakat bulan lepas

MALAYSIAKINI

 Malaysiakini

Sebanyak 150,597 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan melalui 12 program yang dilaksanakan kerajaan setakat 23 April lepas, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata kejayaan itu melebihi jumlah unjuran kumulatif setakat bulan April 2021 dengan sasaran kerajaan mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan bagi tahun ini.

"Usaha kerajaan meningkatkan pelaburan dalam negara berjaya mewujudkan 33,907 pekerjaan baru dan 76 peratus daripadanya adalah dalam kategori mahir dan separuh mahir.

"Ini adalah sebahagian daripada sasaran 160,000 pekerjaan baru hasil daripada komitmen pelaburan bagi tahun 2021," katanya dalam hantaran Facebooknya di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam hantaran itu Muhyiddin memaklumkan beliau hari ini mempengerusikan mesyuarat ketiga Majlis Pekerjaan Negara (NEC) yang diadakan secara persidangan video.- Bernama

Tiada ulasan: