Isnin, 10 Mei 2021

Jumlah kenderaan masuk ke Kelantan, diarah patah balik meningkat sekali ganda

Ainulillia

Rata-rata beri alasan tak munasabah semata-mata tak mahu patah balik

KOTA BHARU – Jumlah kenderaan yang masuk ke Kelantan dan diarah berpatah semakin bertambah sekali ganda berbanding malam tadi iaitu daripada hanya sebanyak 500 buah kenderaan kepada 1,060, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Beliau berkata, arahan berpatah balik diberikan selepas mendapati mereka yang datang dari beberapa negeri dan cuba masuk ke Kelantan melalui beberapa sekatan jalan raya (SJR) tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri.

Malah, rata-rata daripada mereka turut memberikan alasan tidak munasabah semata-mata kerana tidak mahu berpatah balik.

“Mereka memaklumkan bahawa mempunyai urusan kecemasan dan kematian, namun tidak meminta surat kebenaran daripada polis.

“Selain itu, polis juga dapati ada pemandu kenderaan yang memalsukan surat bagi tujuan merentas negeri untuk balik beraya,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Berharap kes tidak berulang, beliau menasihatkan orang ramai agar terus berada di rumah masing-masing bagi mengelak penularan wabak COVID-19. 

“Kita bimbang kerana kes di Kelantan semakin meningkat,” katanya.

Tiada ulasan: