Ahad, 9 Mei 2021

3,733 kes baharu, 26 kematian, 13 kluster

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

PUTRAJAYA: Kes positif baharu Covid-19 turun sedikit berbanding semalam iaitu sebanyak 3,733 kes sekali gus mengatasi kes sembuh 3,211 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sejumlah 37,060 kes aktif dicatatkan dengan 416 kes pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan kes intubated pula sebanyak 216 kes.

Menurut beliau, sebanyak 13 kluster direkodkan hari ini dengan Selangor merekodkan  kes tertinggi iaitu 1,278 diikuti Sarawak, 454 kes, Johor 365 kes, Kuala Lumpur 338 kes, Pulau Pinang 280 kes, Negeri Sembilan 205 kes.

“Kelantan mencatatkan 254 kes, Kedah 176 kes, Pahang 100 kes manakala negeri-negeri lain merekodkan kes dua angka seperti Perak (80 kes), Melaka (66 kes), Sabah 61 kes, Terengganu (49 kes) serta Putrajaya 20 kes.

“Hanya Labuan dan Perlis merekodkan kes satu angka iaitu masing-masing enam dan satu kes,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tiada ulasan: