Khamis, 22 April 2021

Panggung lama musnah terbakar

SEREMBAN: Sebuah bangunan lama yang pernah menjadi lokasi panggung opera sekitar tahun 1910 di Jalan Dr Krishnan di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran kira-kira jam 4 pagi itu.

Ketua Balai Bomba Seremban, Mohammad Idris, berkata pasukan anggota dari dua balai bomba iaitu Balai Bomba Seremban dan balai bantuan dari Seremban 2, digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 4.08 pagi dan tiba 10 minit kemudian.

"Kebakaran membabitkan lima unit bangunan kedai dua tingkat yang berukuran 24X70 kaki persegi setiap satu lot.

"Ketika operasi pemadaman, bangunan lama berkenaan kosong dan musnah 100 peratus.

"Operasi pemadaman tamat jam 8.40 pagi. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya di sini, hari ini.

Tiada ulasan: