Selasa, 20 April 2021

Mekanik maut dihempap bas dibaiki

Mangsa dikenali sebagai Hermang Amir, 33, didapati tersepit di bawah bas 
yang dibaikinya itu sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

PETALING JAYA: Seorang mekanik maut selepas dihempap bas persiaran yang dibaikinya di bengkel kenderaan di Pandamaran, Klang, semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Klang, Hussin Ab Rahman, berkata dalam kejadian 8.31 malam itu, mangsa dikenali sebagai Hermang Amir, 33, didapati tersepit di bawah bas itu.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi kemalangan dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Bas itu dipercayai mengalami kerosakan pada ‘air balloon shock absorber’ (alat tambahan menyokong penyerap kejutan untuk membuat bas lebih stabil) yang bocor menyebabkan bas menghempap mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa sudah dikeluarkan orang awam dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Tiada ulasan: