Ahad, 11 April 2021

Lelaki warga India tunjuk alat kemaluan, onani dalam LRT

Tidak-Senonoh
Gambar lelaki yang berkelakuan tidak senonoh dalam LRT baru-baru ini.

SUBANG – Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai warganegara India yang menunjukkan alat sulitnya serta melakukan aksi onani dalam Tren Aliran Ringan (LRT) baru-baru ini.Bia

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Superintendan Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian berlaku pada 4 April lalu, jam lebih kurang 8.30 malam.

Video insiden berkenaan yang berdurasi 10 saat itu tular dimuat naik oleh pemilik akaun twitter bernama ‘Fishy‘ pada 6 April lalu.

Susulan kejadian berkenaan, pengadu seorang gadis tempatan berusia 19 tahun yang juga saksi dan penumpang LRT tersebut tampil membuat laporan polis.

“Dalam laporan berkenaan, gadis itu mendakwa dia menaiki LRT dari Stesen Alam Megah menuju ke Stesen taman Melawati.

“Semasa tren melalui Stesen USJ21, Subang Jaya, suspek warga asing itu masuk ke dalam tren dan duduk di hadapannya sebelum secara tiba-tiba melakukan aksi yang tidak senonoh (onani) itu.

“Pengadu (gadis) sempat merakam sebahagian perbuatan suspek itu, malangnya sehingga kini identiti suspek masih belum diketahui lagi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut beliau, polis membuka kertas siasatan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan perkataan atau menunjukkan isyarat yang dimaksud bagi mengaibkan kehormatan seseorang.

Tambah beliau, jika disabitkan kesalahannya hendaklah dihukum penjara selama lima tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

“Orang awam dinasihati supaya mematuhi undang-undang Malaysia dan tidak bertindak melampaui batas. Adalah menjadi satu kesalahan jenayah sekiranya berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

“Pihak polis juga amat mengalu-alukan mana-mana masyarakat Subang Jaya dan sekitar yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-56210343 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) untuk tindakan lanjut dan segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: