Jumaat, 16 April 2021

Abu Bakar Omar meninggal dunia

Oleh ALIF FADLI MOHD SORI
ALLAHYARHAM Abu Bakar Omar

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Abu Bakar Omar menghembuskan nafas terakhir di Kedah Medical Centre pada pukul 9.04 pagi tadi.

Anaknya, Zainuddin berkata, bapanya meninggal dunia akibat masalah jantung dan beberapa hari sebelum Allahyarham ada mengadu kepenatan.

“Malam tadi kami ada ke hospital selepas ayah mengadu kepenatan. Selepas diperiksa, doktor ada memaklumkan jantung ayah seperti ada masalah.

“Bapa saya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik. Malam tadi pun boleh berbual-bual lagi,” katanya.

Jenazah pelakon veteran itu akan diuruskan di kediamannya di Kampung Bukit Nyamuk Kuala Nerang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar, Kedah selepas solat asar.

Pelakon yang popular menerusi drama dan filem pecah panggung antaranya Fenomena, Cinta Kolestrol dan Hingga Hujung Nyawa ini meninggal dunia di usia 73 tahun. -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: