Selasa, 20 April 2021

19 sekolah di Selangor diarah tutup

Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL

SHAH ALAM: Sebanyak 19 sekolah di negeri ini diarahkan tutup susulan berlakunya kluster pandemik Covid-19.

Sekolah yang diarahkan tutup bermula hari ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong; SMK Bandar Sri Damansara 2; SMK Damansara Jaya; SMK Seksyen 7 dan SMK USJ 23.

Selain itu, turut diarahkan tutup ialah SMK Puchong; SMK Puchong Utama 1; SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara; SMK Bandar Puncak Jalil; SMK Seksyen 20 dan SMK Puchong Perdana.

Bagi Sekolah Kebangsaan (SK) pula iaitu SK Puchong Perdana; SK Bandar Baru Sri Damansara 2; SK Bukit Kuchai; SK Bandar Sri Damansara 3; SK Bukit Jelutong dan SK USJ 20.

Selain itu, sekolah diarahkan tutup ialah Sekolah Agama Menengah Bestari Subang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai.

Kesemua sekolah ini melaporkan kejadian kes positif Covid-19 sejak Rabu lalu hingga hari ini dan sebanyak 27 kes dilaporkan bagi semua sekolah tersebut.

Sementara itu, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dalam kenyataannya berkata, kesemua sekolah tersebut diarahkan tutup bermula hari ini.

Jelas kenyataan itu, penutupan sekolah adalah bertujuan untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak-kontak rapat.

“Pembukaan sekolah akan dimaklumkan dua hari sebelum dan pihak sekolah perlu memastikan semua kontak rapat kepada kes positif dikuarantin.

“Semua kontak rapat perlu hadir untuk menjalani ujian swab atau pemberian surat kuarantin,” kata kenyataan itu. -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: