Isnin, 8 Mac 2021

Saya sudah keluar jemaah tabligh – Zul Yahya

ghjk-2-620x379-1
Zul Yahya mengakui sudah tidak lagi bersama jemaah tabligh.

KUALA LUMPUR – Nama Zul Yahya sering menjadi bualan terutama sekali tentang memberhentikan anaknya sekolah dan berkenaan penggunaan vaksin hingga mendapat perhatian pihak berkuasa.

Namun semalam, pelakon tersebut telah mengakui sudah tidak lagi bersama jemaah tabligh.

“Jangan kaitkan saya dgn jemaah tabligh demi menjaga kemuliaan nama jemaah tabligh.

“Saya tidak lagi bersama dengan mereka… Selamat tinggal jemaah semua,” kongsinya menerusi akaun Instagram miliknya.

Screenshot-2021-03-06-at-1

Menurut Zul Yahya, walaupun tidak bersama lagi, namun banyak perkara yang telah dipelajari sepanjang bersama jemaah tabligh.

“Alhamdulillah banyak perkara-perkara yang saya berlajar dari mereka dan Jazakallah hu khairan khasira diatas perkongsian ilmu dan kasih sayang yg dikongsikan.

Selamat tinggal segala-segala urusan bersama mereka insyaAllah… semoga setiap apa yang dikongsikan dapat saya amalkan dan doakan semoga saya dapat terus istiqomah hingga mati,” tulisnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: