Isnin, 25 Januari 2021

Tertekan pedal, van rempuh kedai dalam stesen minyak

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
VAN yang merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak 
di Batu 6 Lekir di Lumut, Perak, semalam. - MEDIA SOSIAL

LUMUT: Pengunjung kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Batu 6 Lekir, dekat sini cemas apabila sebuah van merempuh dinding cermin premis tersebut di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, seorang lelaki berusia 18 tahun baru selesai mengisi minyak kenderaannya sebelum tertekan pedal minyak lalu hilang kawalan dan melanggar dinding cermin premis tersebut.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata ketika kejadian terdapat beberapa orang pelanggan di dalam kedai serbaneka pam minyak itu namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kerosakan yang berlaku pada dinding cermin pam minyak dan tidak melibatkan kenderaan lain dan tiada kecederaan ke atas individu di dalam premis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, ujian air kencing ke atas pemandu van jenis Toyota Hiace tersebut adalah negatif.

Menurut beliau, kes itu disiasat di siasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dengan lelaki tersebut disaman kerana tidak memiliki lesen memandu. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: