Sabtu, 9 Januari 2021

Pisang atasi masalah cirit-birit

Kandungan serta yang tinggi di dalam pisang dapat membantu masalah cirit-birit. 
(Gambar Rawpixel)

Cirit-birit merupakan gangguan pencernaan yang membuatkan seseorang ingin buang air besar lebih kerap dari biasa.

Apabila keadaan ini terjadi, pisang dikatakan makanan terbaik untuk mengatasinya.

Kenapa harus makan pisang apabila cirit-birit?

Pisang termasuk dalam diet BRAT yang dicadangkan untuk penderita cirit-birit. Diet BRAT adalah singkatan dari “banana” (pisang), “rice” (nasi), “applesauce” (sos epal yang dikisar), dan “toast” (roti bakar).

Pola makan BRAT adalah makan makanan yang memiliki serat padat tetapi mudah dicerna oleh organ pencernaan sehingga dapat membantu membuat feses menjadi lebih padat.

Sumber kalori utama dalam pola makan BRAT berasal dari roti dan nasi yang merupakan karbohidrat sederhana, namun mudah dicerna dan dapat membantu menghasilkan tenaga.

Pisang dikatakan dapat mengatasi masalah cirit-birit kerana ia dapat mengembalikan mineral tubuh, terutama kalium yang hilang.

Terdapat beberapa manfaat pisang untuk cirit-birit seperti berikut:

1. Mengandungi serat larut air

Pisang mengandungi pektin atau serat larut air. Apabila mengalami cirit-birit, air yang dikeluarkan lebih banyak dibandingkan air yang diserap oleh tubuh. Akibatnya, tekstur feses menjadi cair.

Makan pisang boleh merangsang penyerapan air dan garam di usus besar sekaligus membantu kerja usus agar lebih mudah memproses sisa makanan menjadi feses yang lebih padat.

Selain itu, fungsi pektin juga merangsang pengeluaran lendir pada usus besar.

2. Menggantikan elektrolit tubuh yang hilang

Cirit-birit membuatkan tubuh kehilangan banyak air dan elektrolit yang keluar bersama feses. Jika cairan dan elektrolit dalam tubuh tidak diisi semula akan menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi.

Pisang mempunyai kandungan kalium yang banyak, berfungsi menggantikan cairan elektrolit tubuh yang hilang ini.

3. Meningkatkan bakteria baik

Pisang juga dapat meningkatkan bakteria baik pada sistem pencernaan. Ini kerana pisang mengandungi serat dan senyawa prebiotik iaitu fructooligosaccharide (FOS) atau oligofructan.

Senyawa tersebut berfungsi meningkatkan bakteria baik pada usus besar sehingga dapat melawan bakteria jahat penyebab cirit-birit.

Bakteria baik inilah yang mampu menghasilkan enzim pencernaan dan vitamin yang membantu penyerapan nutrisi dari makanan serta melindungi sistem cerna dari mikro organisma asing.

4. Mengembalikan tenaga yang hilang

Ketika mengalami cirit-birit, tubuh akan kehilangan banyak cairan, tenaga dan berat badan.

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan dalam Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry, pisang sangat bekesan mengembalikan tenaga tubuh yang hilang.

Dengan hanya makan 100gram pisang, akan dapat mengembalikan tenaga yang hilang.

Cara memilih pisang untuk mengatasi cirit-birit

Semua jenis pisang mengandung pektin dan kalium. Namun, jenis pisang yang dianggap membantu mengatasi masalah cirit-birit adalah pisang hijau atau pisang mentah. Terutama untuk mengatasi cirit-birit pada bayi.

Memakan pisang yang terlalu masak, mungkin keberkesanan dalam mengubati cirit-birit agak kurang.

Ini kerana pisang yang sudah masak mempunyai kurang jumlah pati resisten atau pati yang sukar dicerna oleh tubuh dan ia akan diubah menjadi gula.

Kandungan serat yang tinggi pada pisang yang telah masak ini dianggap lebih kuat meredakan sembelit daripada cirit-birit. Ini kerana, kandungan serat yang terdapat di dalamnya mampu menyerap air dan membantu memudahkan pengeluaran feses.

Walau bagaimanapun, harus diingat, hanya makan pisang saja tidak cukup untuk mengatasi gangguan pencernaan cirit-birit sepenuhnya.

Jika ia masih tidak meringankan gejala, berjumpa dengan doktor untuk mendapat nasihat dan rawatan.

Tiada ulasan: