Selasa, 19 Januari 2021

Kahwin kapten pasukan hoki India : belum ada kepastian lagi, kata Ahmad Marzuk

MINDA RAKYAT

PETALING JAYA:
Siasatan kes perkahwinan wanita Malaysia, Illi Najwa Saddique dengan kapten pasukan hoki India, Manpreeet Singh Pawar diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), kata Ahmad Marzuk Shaary.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata beliau belum ada kepastian sama ada Illi Najwa sudah kembali ke Malaysia selepas dilaporkan berkahwin dengan Manpreet bulan lalu.

Perkahwinan itu dllaporkan berlangsung di di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

“Saya juga tidak pasti sama ada wanita berkenaan sudah pulang ke Malaysia atau sebaliknya,” kata Marzuk.

“Namun, ketika kes ini kecoh, keluarga wanita berkenaan berusaha untuk membawa pulang segera wanita berkenaan,” beliau dipetik berkata oleh Berita Harian.

Marzuk berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima maklumat lengkap berhubung isu berkenaan dan menyerahkan perkara itu kepada JAINJ.

Pada Dis lalu, Marzuk berkata Illi Najwa akan dipanggil memberi penjelasan mengenai status agama beliau dan suaminya sebaik sahaja dia kembali ke tanah air.

Ketika itu, beliau berkata, kerajaan amat peka mengenai perkara berkenaan dan difahamkan wanita yang berasal dari Johor itu masih beragama Islam.

Beliau juga dilaporkan berkata kerajaan belum menerima permohonan daripada Najwa untuk berkahwin di luar negara.

Tiada ulasan: