Sabtu, 9 Januari 2021

Jangan ingat “tote bag” anda sentiasa bersih ya

“Tote bag” kini alternatif kepada beg plastik. (Gambar Rawpixel)

Pengurangan penggunaan plastik termasuk semasa membeli-belah, membuat ramai menggunakan ‘tote bag’ sebagai altenatif kerana ia boleh dipakai berulang kali selain dapat menyelamatkan alam sekitar.

Namun begitu, beg ini juga boleh memberi kesan buruk sekiranya dipakai berkali-kali.

Ada pelbagai jenis “tote bag” dan masing-masing diperbuat daripada bahan berbeza samada poliester, kain kapas atau polipropilena.

Saiznya turut pelbagai daripada kecil hingga besar.

Tetapi yang pasti, semua beg ini akan dipakai berulang kali samada ke kedai atau pasar. Setiap barang yang dimasukkan ke dalamnya samada makanan atau bahan pencuci sudah pasti tidak diketahui tahap kebersihannya.

Oleh itu, risiko beg terdedah kepada kuman juga adalah tinggi.

Sebaiknya, jika “tote bag” jenis kain atau poliester, basuh beg tersebut dengan kerap setiap kali balik dari kedai atau pasar.

Anda pasti mempunyai banyak beg seperti ini, kenapa perlu di simpan, gunakan ia silih berganti setelah dibasuh.

Asingkan beg yang digunakan untuk barangan basah seperti daging, ikan, ayam dan sayur serta barangan kering seperti rempah, gula, garam, tepung dan lain-lain.

Menurut satu kajian, “tote bag” kapas boleh dipakai sebanyak 327 kali untuk mencapai rasio penggunaan karbon manakala beg kertas hanya perlu dipakai sebanyak tujuh kali dan beg plastik sebanyak dua kali.

Namun, walau apa pun keadaan, jika anda mempunyai terlalu banyak “tote bag” atau beg kertas yang masih tidak digunakan, jangan membuangnya, sumbangkan kepada badan amal yang mungkin memerlukan untuk mengisi barang-barang sumbangan.

Tiada ulasan: