Ahad, 24 Januari 2021

Ingkar SOP: 504 ditahan

 Oleh AMREE AHMAD

ISMAIL SABRI YAAKOB

PUTRAJAYA: Seramai 504 ditahan semalam atas pelbagai kes ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesemua mereka diberkas Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan 53,201 pemeriksaan meliputi pelbagai premis seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 494 dikompaun dan 10 direman dengan kes tertinggi iaitu tidak memakai pelitup muka sebanyak 145 orang.

“Ini diikuti gagal sedia alat rekod butiran (92), tiada jarak fizikal (77), rentas kawasan tanpa izin (60), premis dibuka lebih masa (37) dan lain-lain (93),” katanya melalui kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: