Isnin, 25 Januari 2021

3,048 kes baharu Covid-19, 11 kematian

 

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,048 kes baharu Covid-19 dengan 11 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula mencatatkan rekod 3,638 dilaporkan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 145,084.

Katanya, daripada jumlah kes baharu, 3,040 adalah penularan tempatan manakala lapan jangkitan di luar negara.

Tiada ulasan: