Selasa, 29 Disember 2020

Penduduk terputus hubungan jalan ditenggelami air

Adie Sufian Zulkefli
Penduduk terputus hubungan jalan ditenggelami air
Lebih 15 keluarga terputus hubungan setelah hujan lebat sejak petang 
semalam menyebabkan jalan ke Kampung Kubang Juluk, Naka terputus 
akibat ditenggelami air. -Astro AWANI
 
PADANG TERAP: Lebih 15 keluarga terputus hubungan setelah hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan jalan ke Kampung Kubang Juluk, Naka terputus akibat ditenggelami air.
 
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata kawasan itu dinaiki air setinggi hampir tiga meter.
 
Beliau berkata setakat ini anggotanya sedang melakukan pemantauan di kawasan berkenaan untuk memastikan penduduk di kawasan itu selamat.
 
Air dari sungai berhampiran kawasan ini naik sejak jam 4 pagi tadi.
 
Setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, namun APM terus melakukan pemantauan setiap masa.

Tiada ulasan: