Ahad, 27 Disember 2020

Covid-19: Selangor kembali tertinggi

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR
NOOR HISHAM ABDULLAH

PUTRAJAYA: Selangor kembali menjadi negeri paling tinggi merekodkan kes harian baharu  Covid-19 iaitu 392 kes. 

Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 202 kes manakala Johor, 194 kes dan Sabah, 186 kes. 

Sehingga kini, sebanyak 111 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 50 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala satu kematian direkodkan dan hanya satu kluster baharu. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kes harian negara pula, sebanyak 1,196 kes direkodkan yang menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 105,096 kes. 

 “Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 20,233 kes.

“Bagi kes sembuh pula, sebanyak 997 kes dan ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 84,411 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: