Isnin, 23 November 2020

Uniknya anak ayam berkaki satu .

Roselan Ab Malek

ANAK ayam memiliki satu kaki yang dipelihara dua beradik. FOTO ROSELAN AB MALEK

Temerloh: Dua beradik terkejut apabila mendapati seekor anak ayam dipelihara mereka di Kampung Huma Luas, Kerdau, di sini, hanya mempunyai satu kaki.

Puteri Qaseh Qistina Fahmie, 12, dan adiknya, Nur Fariesha Fahmie, 6, menyedari perkara itu selepas curiga anak ayam diberi nama Doodit tidak bergerak seperti 11 ekor anak ayam lain.

"Ketika anak ayam itu menetas empat hari lalu, kami hanya memberi makan seperti biasa sebelum perasan seekor anak ayam hanya berada setempat dan tidak bergaul dengan 11 lagi anak ayam.

"Saya terus mengangkatnya dan apabila diperiksa, kami terkejut apabila melihat anak ayam itu hanya ada satu kaki sahaja. Patutlah ia tidak bergaul dengan anak ayam lain.

"Kami mengambilnya dan memasukkannya ke dalam bekas sebelum kini memeliharanya di dalam rumah sebagai haiwan peliharaan," katanya.

Katanya, mereka menamakan anak ayam itu sebagai Doodit dan memberi makan serta air menggunakan straw sambil ia berdiri dengan satu kaki.

Tiada ulasan: