Jumaat, 20 November 2020

Tandas awam Terminal Bas MPT diiktiraf terbersih di negara ini

Wartawan MalaysiaGazette
125886547_3502960323084412_8380802309062884712_o
Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) memenangi Pertandingan Tandas Bersih Peringkat Kebangsaan bagi kategori pihak berkuasa tempatan.

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) memenangi Pertandingan Tandas Bersih Peringkat Kebangsaan bagi kategori pihak berkuasa tempatan.

Tandas awam itu terletak Terminal Bas MPT.

Ia diumumkan sempena Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2020 yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ismail Abd. Muttalib semalam.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Tandas Awam 1, Presint 10, Putrajaya manakala tempat ketiga pula ialah Tandas Awam Taman Orkid, Seremban, Negeri Sembilan.

Kebersihan tandas awam di Temerloh sebelum ini pernah tular apabila ada pengguna memuat naik video di media sosial pada tahun lepas.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: